TABUNG KILAT MANGSA BANJIR
Jom kita bantu mereka sama-sama terutama rakan-rakan Alumni kita!
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun di bawah dan dibuka sehingga 31 Disember 2021 :
Nama : Persatuan Alumni UiTM Perlis
Nombor Akaun : 564089508912
Bank: Maybank
Slip deposit/transfer boleh dihantar melalui Whatsapp atau telegram (Ref: banjir)
Rokiah 019-3800330
Sarah 013-3574117
Linda 012-2392968
Farahah 012-3003688
Pada masa yang sama, sila hubungi mana-mana AJK di bawah untuk maklumkan butiran mana-mana Alumni UiTM Perlis yang ditimpa musibah banjir ini:
Rokiah 019-3800330
Sarah 013-3574117
Linda 012-2392968
Suhaida 017-5216408
Farahah 012-3003688
Jasmawi 013-2777511
Anuar Bahador 019-2711929
Sekian, terima kasih.
Abdul Rani Salleh
Presiden, Persatuan Alumni UiTM Perlis
TABUNG ALUMNI PERIHATIN RM 5!
Tabung RM5 Alumni UiTM #alumniuitmprihatin telah diperkenalkan oleh Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM pada bulan Oktober 2020. Ia merupakan merupakan tabung inisiatif berbentuk crowdfunding yang memberi peluang kepada seluruh alumni UiTM dalam membantu pelajar yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Klik sini untuk menyumbang RM5
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM telah berlangsung pada 27 April 2021 bertempat di UiTM Shah Alam. Dihadiri oleh Presiden Persatuan, Naib Presiden, Mantan Presiden dan Mantan Setiausaha
MESYUARAT AGUNG KE 11
Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Mohamed Azahari Mohamed Kamil Mantan Penasihat persatuan yang juga Ahli Seumur Hidup. Mesyuarat dijalankan secara hybrid (fizikal dan maya - zoom meeting)
NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 11
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UiTM Perlis, Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung ke 11 seperti yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.
Borang pengesahan kehadiran AGM ke 11 yang akan berlangsung pada Sabtu hadapan (10 April 2021) boleh di akses BORANG PENGESAHAN
Senarai ahli yang aktif pula boleh di akses SENARAI AHLI
PENGESAHAN KEHADIRAN AGM 10
NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 10
Y.B. Y.Bhg. Dato/Datin, Tuan-tuan & Puan-Puan Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Ingin dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UiTM Perlis, Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 10 secara online. Butir-butir selanjutnya
TAHNIAH ATAS GELARAN TUN
Penaung Persatuan Alumni Uitm Perlis Dr Arshad Ayub telah dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tun Dr Arshad Ayub, nama yang cukup dikenali dalam sistem pendidikan dan ekonomi negara terutama kepada graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
ALUMNI THE RETURN
Sukacita kami ingin menjemput semua Alumni UiTM Cawangan Perlis untuk sama sama memeriahkan Program Alumni the Return yang akan diadakan pada 21-22 Mac 2020 di UiTM Cawangan Perlis.
Antara program adalah:
1. Charity Lunch (RM50 per seat/RM400 per table)
2. Alumni Amazing Race
3. Alumni Woodball
4. Bazar RM1
(Boleh pilih untuk sertai Charity Lunch sahaja. Namun begitu, kita galakkan juga untuk join program lain (jika berkelapangan).
*Program Alumni The Return semperna Hari Terbuka UiTM Perlis*
*Pendaftaran*
https://forms.gle/FjGQf7dgYimfaqAZ9
*Bayaran boleh dibuat ke*
Akaun Amanah UiTM Perlis
Bank Islam Malaysia Berhad
No.Akaun: 09010010056849
Swift Code: BIMBMYKL
Rujukan : Alumni The Return Pakej (A/B/C/D)
*Bukti pembayaran boleh email @ WhatsApp ke nombor yang tertera diposter*
BUDI Wilayahku Half Marathon 2020 Putrajaya
Budi Wilayahku Half Marathon Putrajaya 2020 menyasarkan penglibatan dan himpunan alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) terbesar bersama pelari tempatan dan juga antarabangsa.
Persatuan juga telah menaja pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis menyertai larian tersebut. Gambar-gambar sekitar Program Larian Budi WilayahKu di Dataran Putrajaya Presint 3, pada 22 Februari 2020.
Seminar Perakaunan di UiTM Perlis
Seminar yang bertajuk "Seminar Perakaunan di Era Globalisasi - Menguasai Kemahiran Abad Ke 21" telah diadakan pada 30 November 2019 bertempat di Dewan Kuliah 6, UiTM Perlis. Tuan Haji Mohd Zuber bin Abu Bakar, AJK Biro Kerjaya persatuan bertindak selaku penyelaras program
Istiadat Kovokesyen UiTM ke 91
Presiden Persatuan Alumni UiTM Perlis, Tuan Haji Mohd Daud bin Dahar telah hadir mewakili persatuan ke majlis tersebut pada 5 September 2019 di UiTM Shah Alam.
Program Memperhebat Potensi Diri
Program berlangsung selama 2 hari pada 28 dan 29 September 2019 di UiTM Perlis. Ia adalah kerjasama di antara Unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) , UiTM Perlis dengan Biro Perhubungan, Ekonomi dan Kerjaya, Persatuan Alumni UiTM Perlis. Penceramah terdiri dari Tuan Haji Azlan bin Yusof dan Tuan Haji Mohd Zuber bin Abu Bakar dari pihak Persatuan Alumni sendiri. Program bertujuan untuk mengenal dan memperhebat potensi diri pelajar bagi meningkatkan kualiti graduan UiTM Perlis. Melibatkan lebih kurang 160 pelajar dari pelbagai kursus.
BERITA TERKINI
AKTIVITI
TABUNG BANTUAN BANJIRTABUNG ALUMNI PERITAHIN RM5
Kunjungan Hormat Ke Atas Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA
MESYUARAT AGUNG KE 11
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Alumni UiTM Perlis ke 10
Penaung Alumni UiTM Perlis dianugerahkan gelaran Tun!
BUDI Wilayahku Half Marathon 2020 Putrajaya
Seminar Perakaunan di Uitm Perlis
Istiadat Konvokesyen UiTM ke 91
Program Memperhebat Potensi Diri
Majlis Jalinan Muhibah Alumni - Staf UiTM Perlis
Majlis Sambutan Aidilfitri & Silaturrahim 2019
KEAHLIAN
Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang UiTM Perlis
Daripada Anas RA, beliau berkata: “Tidak ada orang yang lebih dicintai oleh para sahabat selain daripada Rasulullah SAW. Jika mereka melihat baginda (datang), mereka tidak akan bangun kerana mereka tahu bahawa baginda membenci perbuatan tersebut.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No.2754 dan Ahmad, No. 11895, 13132, berkata at-Tirmizi: “Hadith ini hasan sahih gharib.”)
lautan ilmu luas terbentang
bara ku genggam asalnya api
seluas dunia ku terbang melayang
namun UiTM Perlis tetap di hati
think of alumni
think of giving back
together forever...